Wednesday 16 March 2011

hasad dengki penghapus amal

nauzubillah... mudah-mudahan kita semua dijauhkan daripada memiliki walaupun sebesar zarah sifat hasad dengki ni.. salah satu daripada sifat yang sangat tak baik untuk menginap dihati kita.. fuuuhhh ayatt... sifat hasad dengki ni punca daripada sikap seseorang yang tidak bersyukur terhadap apa yang dimiliki seterusnya membawa kepada perasaan iri hati atau cemburu. jangan lah sifat ni ada dalam diri kita sebab memiliki sifat ni, kita dah berdosa tau.. nauzubillah..mintak2 lah dijauhkan daripada sifat ni.
Rasulullah SAW mengingatkan umatnya tentang bahaya sifat dengki melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud 'Hasad dengki itu akan memakan segala kebajikan seperti api memakan kayu api'.. dahsyatnya kan.. semua kebajikan yang kita buat akan hilang macam tu ja andai kita ada sifat hasad dengki. sO diingatkan kepada kOrang2 semua termasuk diri saya sendiri, sama2lah kita jauhkan diri dari sifat mazmumah ni..
namun, kita boleh untuk mempunyai sifat iri hati ni untuk 2 perkara iaitu:
1) iri hati terhadap orang yang dikurniakan harta dan dia selalu menginfakkan hartanya pada malam dan siang hari pada jalan yang diredhai Allah..
2) iri hati terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain.

last but nOt least, mehla kita sama2 muhasabah diri, dimana kita sebenarnya.. seandainya kita banyak besyukur kepada Allah SWT, alhamdulillah.. namun seandainya kita banyak berdengki kepada orang lain, astaghfirullahalazim..
renung-renungkan sebagai pedOman bersama =)
infO dipetik dari majalah Anis-pedOman wanita sOlehah dan keluarga sakinah

No comments:

Post a Comment