Thursday 27 October 2011

PETUA: Kecantikkan rambut pulak..

assalamualaikum... salam Jumaat. seperti yang kite cakap pagi tadi, kite akan hapdate satu lagi entry.. kali ni pasal kecantikan. sebelum ni kite penah hapdate pasal petua kecantikan yang len. kalau lupa, meh tgk KAT SINI. kali ni kite nak citer pasal kecantikan rambut pulak. almaklum lah rambut kan mahkota wanita. x kisah la yang bertudung atau yang tak bertudung, kecantikan rambut memang sangat dititikberatkan kan.

xnak membebel panjang2, meh la tgk apa yang kita bleh buat untuk dapatkan rambut yang cantik, sihat dan bersinar..

cantikkan rambut ni (ehsan abg google)


1. Petua cantikkan rambut
untuk mendapatkan rambut yang cantik dan mudah diurus, cuma perlu guna sebiji telur ayam dan 2 sudu madu. mudah je. campur kedua2 bahan tersebut dengan sedikit syampu. biarkan sebati dan syampulah seperti biasa. kemudian bilas sepert biasa.

2. Petua melebatkan rambut
ambik secekak kangkung, ramas semua sampai hancur. bila dah hancur sampai berlendir, amik lendir tersebut dan lumurkan ke kepala sambil urut2. lepas beberapa minit, bilas seperti biasa.

3.Petua wangikan rambut
ambil limau nipis, hiriskan kemudian gosok ke seluruh kepala. biar beberapa minit dan bilas. boleh je kalau nak guna limau nipis atau limau purut.

4. Petua untuk mendapatkan rambut yang lebat
setelah selesai makan, basuh tangan sehingga bersih. selawat 3x. pastu tangan yang basah tu sapu kat kepala segera.

5. Petua untuk melambatkan tumbuh uban
campurkan minyak kelapa dan air asam. sapu di kepala. biarkan selama 15 minit sebelum dibilas atau ambil secawan teh pekat dan tambahkan 1 sudu garam. setelah suam/sejuk, tuangkan rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. biarkan selama 1 jam dan bilas tanpa syampu.

6. Petua untuk panjangkan rambut
ambil sekurang2nya 4 batang serai, rebus dan biarkan ia mendidih. biarkan sejuk. kemudian basahkan rambut dengan air didihan serai tersebut. biarkan selama 30 minit kemudian bilas seperti biasa.

setakat tu dulu kot petua yang nak dikongsikan hari ni.. hehehe.. selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment