Saturday 29 October 2011

meh baca: Perbualan Rasulullah s.a.w dengan iblis

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar menjawab segala pertanyaan yang Baginda tanyakan padanya. pada suatu hari iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. bertanya Rasulullah s.a.w., "Siapakah kamu ini?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis". "Apa maksud kamu datang berjumpa aku?" Orang tua itu menjawab " Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku"

Baginda Rasulullah s.a.w. lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?"

Iblis menjawab, "Lima belas"
1.     Engkau sendiri hai Muhammad
2.     Imam dan pemimpin yang adil
3.     Orang kaya yang merendah diri
4.     Pedagang yang jujur dan amanah
5.     Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
6.     Orang Mukmin yang memberi nasihat
7.     Orang Mukmin yang berkasih sayang
8.     Orang yang tetap dan cepat bertaubat
9.     Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan menderma
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang 
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu dalam kalangan umatku?"

Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan"

1.     Hakim yang tidak adil
2.     Orang kaya yang sombong
3.     Pedagang yang khianat
4.     Orang pemabuk/peminum arak
5.     Orang yang memutuskan tali persaudaraan
6.     Pemilik harta riba'
7.     Pemakan harta anak yatim
8.     Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat
9.     Orang yang enggan mengeluarkan zakat
10. Orang yang selalu berangan-angan/khayal dengan sesuatu yang tidak berfaedah

"Mereka semua adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah diantara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya iblis laknatullah itu adalah musuh Allah S.W.T. dan manusia. Dari itu hendaklah kita sentiasa berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis, beerti menjadi musuh Allah S.W.T. Demikianlah sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah beerti menjadi kawan kekasih Allah S.W.T.

Sekadar renungan dan perkongsian bersama =) 

No comments:

Post a Comment