Wednesday 4 January 2012

PETUA: Rawat tumit pecah

jOm kita terjah apa yang boleh gunakan untuk kita atasi masalah tumit pecah ni. bahaya tau kalau biar lama-lama..

Minyak sayur
sapukan minyak sayur pada kawasan kaki yang kering dan pecah-pecah setiap kali sebelum tidur. pakai sarung kaki semalaman dan amalkan hingga kesan pecah tumit hilang.

Pisang
sapukan isi buah pisang yang masak pada kaki yang kering dan pecah, biarkan selama 10 minit sebelum dibersihkan. Amalkan setip hari.

Pelembap semula jadi
sebelum tidur, amalkan merendam kaki di dalam air sabun yang suam selama 15 minit dan cuci sehingga bersih. keringkan dengan tuala. kemudian sapukan losen pelembap dan gosok pada tumit dan kawasan kaki yang kering sehingga meresap ke dalam kulit. amalkan setiap hari.

Jus lemon
rendam kaki di dalam jus lemon selama 10 minit. ikuti terapi ini sekali setiap minggu sehingga kesan tumit pecah hilang.

Air mawar
campurkan gliserin bersama air mawar dan sapukan pada kawasan tumit yang pecah secara teratur.

Parafin dan minyak mustard
buat campuran parafin dan minyak mustard, sapu pada kaki yang pecah. biarkan semalaman dan cuci bersih pada waktu pagi.


antara cara mencegah tumit kaki pecah:
  • gunakan skrub kaki atau batu apung selepas merendam kaki di dalam air hangat.
  • kenakan alas kaki ketika ke luar rumah atau berjalan ke atas simen.
  • pastikan kaki sentiasa berada dalam keadaan lembap dengan cara memakailosen, minyak atau pelembap lain
  • makan makanan yang kaya kalsium, mineral, zink, vitamin dan makanan yang kaya dengan omega-3.
selamat mencuba =)

2 comments:

  1. Lepas ne mesti kaki lagi lembut n gebu dari kulit muka kan....huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. hahaha.. betul tu. kaki jadi lg gebu dari muka.

    ReplyDelete