Saturday 17 December 2011

8 Tips Cepatkan Jodoh

sebagai seorang yang beragama Islam, mmg kita didedahkan dengan pepatah 'jodoh pertemuan ditangan Allah SWT. tetapi, kita patut berusaha untuk mencari calon pasangan kita. kat sini kite nak share dgn korang beberapa tips untuk mempercepatkan jodoh dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood

1. Berdoa selepas solat lima waktu
Sentiasa berdoa selepas solat 5 waktu supaya diringankan jodoh. blh juga mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat didalamnya.

2. Berdoa pada waktu tengah malam
Berdoapada tengah malam (waktu qiamullail) adalah waktu mustajab. disamping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang dihajati tercapai. InsyaAllah.

3. Doa ibu bapa
Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan tertentu.

4. Puasa pada hari lahir
Puasa ini dipanggil puasa hajat. pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. mudah-mudahan doa kita dimakbul.

5. Solat sunat taubat
Lakukan solat sunat taubat pada waktu tengah malam sblm berdoa memohon sesuatu hajat.

6. Pohon restu ibu bapa
Pastikan hubungan yang ingin dijalin mendapat restu daripada ibu bapa. insyaAllah sekiranya ibu bapa merestui hubungan tersebut, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

7. Amalkan doa-doa pilihan
Antara doa yang boleh diamalkan adalah:
Surah Yusuf ayat 4- untuk memudahkan dan mendapat jodoh yg baik.
Surah al-Qasas ayat 24- doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat.

8. Solat hajat
Jika semua langkah di atas telah diamalkan, maka langkah terkhir adalah dengan melakukan solat hajat memohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik di dunia dan di akhirat.

add note: amalkan surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam.


No comments:

Post a Comment