Showing posts with label Petua kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Petua kecantikan. Show all posts

Wednesday, 4 January 2012

PETUA: Rawat tumit pecah

jOm kita terjah apa yang boleh gunakan untuk kita atasi masalah tumit pecah ni. bahaya tau kalau biar lama-lama..

Minyak sayur
sapukan minyak sayur pada kawasan kaki yang kering dan pecah-pecah setiap kali sebelum tidur. pakai sarung kaki semalaman dan amalkan hingga kesan pecah tumit hilang.

Pisang
sapukan isi buah pisang yang masak pada kaki yang kering dan pecah, biarkan selama 10 minit sebelum dibersihkan. Amalkan setip hari.

Pelembap semula jadi
sebelum tidur, amalkan merendam kaki di dalam air sabun yang suam selama 15 minit dan cuci sehingga bersih. keringkan dengan tuala. kemudian sapukan losen pelembap dan gosok pada tumit dan kawasan kaki yang kering sehingga meresap ke dalam kulit. amalkan setiap hari.

Jus lemon
rendam kaki di dalam jus lemon selama 10 minit. ikuti terapi ini sekali setiap minggu sehingga kesan tumit pecah hilang.

Air mawar
campurkan gliserin bersama air mawar dan sapukan pada kawasan tumit yang pecah secara teratur.

Parafin dan minyak mustard
buat campuran parafin dan minyak mustard, sapu pada kaki yang pecah. biarkan semalaman dan cuci bersih pada waktu pagi.


antara cara mencegah tumit kaki pecah:
  • gunakan skrub kaki atau batu apung selepas merendam kaki di dalam air hangat.
  • kenakan alas kaki ketika ke luar rumah atau berjalan ke atas simen.
  • pastikan kaki sentiasa berada dalam keadaan lembap dengan cara memakailosen, minyak atau pelembap lain
  • makan makanan yang kaya kalsium, mineral, zink, vitamin dan makanan yang kaya dengan omega-3.
selamat mencuba =)

Thursday, 27 October 2011

PETUA: Kecantikkan rambut pulak..

assalamualaikum... salam Jumaat. seperti yang kite cakap pagi tadi, kite akan hapdate satu lagi entry.. kali ni pasal kecantikan. sebelum ni kite penah hapdate pasal petua kecantikan yang len. kalau lupa, meh tgk KAT SINI. kali ni kite nak citer pasal kecantikan rambut pulak. almaklum lah rambut kan mahkota wanita. x kisah la yang bertudung atau yang tak bertudung, kecantikan rambut memang sangat dititikberatkan kan.

xnak membebel panjang2, meh la tgk apa yang kita bleh buat untuk dapatkan rambut yang cantik, sihat dan bersinar..

cantikkan rambut ni (ehsan abg google)


1. Petua cantikkan rambut
untuk mendapatkan rambut yang cantik dan mudah diurus, cuma perlu guna sebiji telur ayam dan 2 sudu madu. mudah je. campur kedua2 bahan tersebut dengan sedikit syampu. biarkan sebati dan syampulah seperti biasa. kemudian bilas sepert biasa.

2. Petua melebatkan rambut
ambik secekak kangkung, ramas semua sampai hancur. bila dah hancur sampai berlendir, amik lendir tersebut dan lumurkan ke kepala sambil urut2. lepas beberapa minit, bilas seperti biasa.

3.Petua wangikan rambut
ambil limau nipis, hiriskan kemudian gosok ke seluruh kepala. biar beberapa minit dan bilas. boleh je kalau nak guna limau nipis atau limau purut.

4. Petua untuk mendapatkan rambut yang lebat
setelah selesai makan, basuh tangan sehingga bersih. selawat 3x. pastu tangan yang basah tu sapu kat kepala segera.

5. Petua untuk melambatkan tumbuh uban
campurkan minyak kelapa dan air asam. sapu di kepala. biarkan selama 15 minit sebelum dibilas atau ambil secawan teh pekat dan tambahkan 1 sudu garam. setelah suam/sejuk, tuangkan rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. biarkan selama 1 jam dan bilas tanpa syampu.

6. Petua untuk panjangkan rambut
ambil sekurang2nya 4 batang serai, rebus dan biarkan ia mendidih. biarkan sejuk. kemudian basahkan rambut dengan air didihan serai tersebut. biarkan selama 30 minit kemudian bilas seperti biasa.

setakat tu dulu kot petua yang nak dikongsikan hari ni.. hehehe.. selamat mencuba..


Sunday, 21 August 2011

PETUA KECANTIKAN lagiii...

Assalamualaikum n salam Ramadhan semua.. selamat hari Isnin ye.. selamat bekerja pada yg bekerja. selamat bersekOlah pada yang bersekOlah dan selamat stay kat umah pada yang dOk umah.. hari ni masuk hari ke-22 dah kita berpuasa dan malam ni malam ke-23 dah kita bertarawih.. bila dikira2, dihitung2, kemungkinan raya 30 OgOs kan, sO, ada lg 1 minggu la sblm raya..

nak x beraya dengan muka berseri2? dalam erti kata yang lain, beraya dengan muka yg cOmey lOtey.. meh kita tgk beberapa petua yang kite nak share dengan kOrang..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

1. PETUA AWET MUDA


Selepas bangun tidur, minum segelas air suam. pastikan minum sebelum sarapan pagi.. Jangan lupa baca Bismillah dan Selawat 3x..


2. PETUA MENEGANGKAN MUKA


Campurkan bedak sejuk dan beberapa titis air limau nipis. bancuhkan dengan air, sapu ke muka, biar hingga kering dan bilas. adalah perkara biasa jika kulit muka berasa pedih. 


3. PETUA MENGHILANGKAN BINTIK HITAM


  • Amik putih telur sahaja, kemudian rendam tisu dalam putih telur dan tmpekkan ke muka seperti mask.. bila kering, tanggalkan..
  • Kisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air. tempek pada kawasan yang ada bintik hitam dan bilas.
  • Campur beras pulut dan kulit kayu manis. Goreng tanpa minyak hingga kuning. kemudian kisar dan gosok pada muka. 

4. PETUA MENCANTIKKAN KULIT MUKA



  • Sapu muka dengan putih telur. biarkan kering kemudian cuci..
  • Cuci muka dengan air suam kemudian sapu limau nipis dan bilas sekali lagi..

rasanya setakat tu dulu kOt petua yang kite nak kOngsi dengan kOrang semua. nanti ada masa, kite letak lagi ea petua yang kite ada.. pakai bahan semulajadi lagi baik kan.. x merOsakkan kulit muka.. Ok. selamat mencuba.. kalau kOrang pun ada petua, meh la share dengan kite. sharing is caring kan..


Wednesday, 10 August 2011

PETUA: Kecantikkan kening dan bulu mata

assalamualaikum dan Salam Ramadhan al-Mubarak.. hari ni kite nak share la dengan kOrang petua kecantikkan kening dan bulu mata.. rasanya penting jgk kOt peranan kening dan bulu mata ni kan.. bila Orang pandang kita, Orang akan autOmatik pandang mata kita kan. bila dah pandang mata, sekaligus Orang akan pandang kening kita kan.. kening yang cantik terbentuk dan hitam menawan, sangat2lah cantik kan.. rasa terpesOna je..

dah2.. xpayah nak melalut banyak2kan.. hari ni kite nak share dengan kOrang tentang beberapa petua untuk dapatkan kening dan bulu mata yang wOwww!! cantik..huhu.. meh kita tengOk sama2 apa petua yang bOleh kOrang ikut.. xperlukan mOdal yang banyak pun.. pakai bahan2 semulajadi dan barang2 yang dah sedia ada kat umah.. meh kite terjah... zaaasssss....

1. MELEBATKAN BULU KENING
Mesti nak bulu kening yang lebatkan.. cantik tau.. caranya mudah je... kOrang bOleh amik daun lidah buaya, ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening setiap malam. InsyaAllah...

2. MEMBENTUK, MENGHITAMKAN SERTA MELEBATKAN BULU KENING
Ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus (hitam). kemudian amik sebatang lidi yang bersih, asah buah keras tersebut dan sapu pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya.

3. MELENTIKKAN DAN MELEBATKAN BULU MATA DAN KENING
Gunakan lendir lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening

4. MELEBATKAN DAN MENGHITAMKAN BULU MATA
Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. amik air rendaman teh. usap pada bulu mata dengan ujung jari telunjuk. bOleh juga gunakan minyak zaitun.