Friday 27 January 2012

belog berhabuk

assalamualaikum.. uhukuhuk.. batuk2 sb belog ni dah berhabuk dah.. fuh fuh fuh tiup2 debu kat atas belog ni.

ekcelli, saja je nak hapdate belog ni sb lama dah x hapdate belog ni. rindu sehyh.. ok la, malam karang ada masa    hapdate lg eh

Monday 16 January 2012

xda idea langsung tapi tetap nak update entry. degil kan..

assalamualaikum.. selamat petang korang.. hari ni isnin. Monday blues.. mmg la sgt2 blues sb dah xtau nak wat pe arini.. bosan sangat2. bukan bosan tahap cipan je tp dah tahap atuk nenek cipan dah ni.. huhu..

bangun tido, kemas2 bilik sb nanti nak move out ke rumah nenek utk beberapa minggu sb rumah mak nak renovate rumah. persiapan awal untuk terima menantu pada bulan2 akan datang. hehehe.

ok la nanti ada masa belog ni diupdate lg. k see u

Wednesday 11 January 2012

posting Oh posting

assalamualaikum.. lama rasanya x hapdate belog. stresssss giler.. stress sb bosan tanam anggur kat umah ni.. buah anggur takde jgk. kalau ada bleh jual.. hurrmmm ok! back to the entry...

rasa stress sgt bila dh lama menganggur ni. nak cari keje lain takut nanti baru keje dah kena resign. adeyhhh.. semua ni KPM, SPP punya pasal la. pandai sgt bagi janji-janji palsu pada graduan pendidikan. kesian kitorang tau T_____________T sobsob.. banyak sgt dah janji yang ditaburkan KPM ni sampai kitorang pun dah xtau nak percaya yang mana 1. kecap cakap A pastu cakap B pastu bila ditanya cakap C pulak. makin teruk pulak.
kalau x silap, lebih 5000++++ tau graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) yang menerima nasib yg sama. ternanti2 pihak KPM menunaikan janji2nya dulu.. KPM dimana janji manismu dulu.. kikiki..


Thursday 5 January 2012

tunang nak tema warna apa eh?

assalamualaikum.. selamat malam korang..

walaupun majlis tunang dang insyaAllah 2 bulan lagi, tapi dang rasa seeloknya dang prepare dari skrg kan. mcm blogger2 lain cakap, prepare skit2 dari sekarang. so, bila tarikh tunang n jumlah dulang dah decide nk bagi brapa, skrg, turn nak pilih tema untuk majlis tu pulak. Dang rasa blur lagi nak pilih warna apa. bila tanya ehem2, dia cakap hitam.. waaaaaaa :( pastu dia ketawa. huhu.. jahat kan. ada pulak hitam. mcm apa ntah. then dia suruh Dang discuss dgn kakak ipar dia sb kakak ipar dia yg akan arrange pasal hantaran tu sumer. ye la kan dia jauh nun di Johor. mana la sempat nak ulang alik balik tgk persiapan. dia akan balik pun 2 hari sblm tunang je. huhu.. so, pendek kata, Dang kena la discuss dgn kakak ipar dia pasal ni sumer..

dalam beberapa hari ni, Dang dah belek2 la majalah Pengantin n intip2 belog2 yang lain.. hehehe.. cari ilham la katakan. tp dang rasa mcm dah ada choice nak wat tema warna apa. bila bgtau ehem2, he say 'YES' of course la kan sb tu my fav color. hahaha.. tp bila fikir2 balik n tgk2 gambar yang lain, mcm tertarik dgn warna len.. huhu.. meh Dang share dgn korang warna yang Dang berkenan.. harap korang leh bg opinion eh yg mna 1 ok sb nanti nak p cari kain dah. nak deco2 sendri baju tunang :D

a) biru lembut

b) kuning

c) peach

d) oren

e) pink

f) putih

g) ungu

ce korang bgtau Dang warna apa yg sesuai. ekcelli, Dang dah ada warna pilihan tapi x sure sgt nak warna tu ke x..

Wednesday 4 January 2012

PETUA: Rawat tumit pecah

jOm kita terjah apa yang boleh gunakan untuk kita atasi masalah tumit pecah ni. bahaya tau kalau biar lama-lama..

Minyak sayur
sapukan minyak sayur pada kawasan kaki yang kering dan pecah-pecah setiap kali sebelum tidur. pakai sarung kaki semalaman dan amalkan hingga kesan pecah tumit hilang.

Pisang
sapukan isi buah pisang yang masak pada kaki yang kering dan pecah, biarkan selama 10 minit sebelum dibersihkan. Amalkan setip hari.

Pelembap semula jadi
sebelum tidur, amalkan merendam kaki di dalam air sabun yang suam selama 15 minit dan cuci sehingga bersih. keringkan dengan tuala. kemudian sapukan losen pelembap dan gosok pada tumit dan kawasan kaki yang kering sehingga meresap ke dalam kulit. amalkan setiap hari.

Jus lemon
rendam kaki di dalam jus lemon selama 10 minit. ikuti terapi ini sekali setiap minggu sehingga kesan tumit pecah hilang.

Air mawar
campurkan gliserin bersama air mawar dan sapukan pada kawasan tumit yang pecah secara teratur.

Parafin dan minyak mustard
buat campuran parafin dan minyak mustard, sapu pada kaki yang pecah. biarkan semalaman dan cuci bersih pada waktu pagi.


antara cara mencegah tumit kaki pecah:
  • gunakan skrub kaki atau batu apung selepas merendam kaki di dalam air hangat.
  • kenakan alas kaki ketika ke luar rumah atau berjalan ke atas simen.
  • pastikan kaki sentiasa berada dalam keadaan lembap dengan cara memakailosen, minyak atau pelembap lain
  • makan makanan yang kaya kalsium, mineral, zink, vitamin dan makanan yang kaya dengan omega-3.
selamat mencuba =)