Thursday 29 December 2011

Doa Menghadapi Exam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Terangkanlah hati kami dengan cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya.
Ya Allah Ya Hakim Ya Halim
Aku pertaruhkan kepadaMu dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupakannya. 
Ya Zal Jalaliwal Ikram
Ampunkan dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat islam, lengkapkanlah budi pekerti kami sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami. Aamiin..

Wednesday 28 December 2011

3 hari lagi...

assalamualaikum... selamat petang.. apa kabar korang?

3 hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 dan akan mula mendampingi 2012. alhamdulillah.. cepat kan masa berlalu. bila cakap pasal tahun baru, mesti orang akan kaitkan dengan azam tahun baru kan. kadang2 azam tu mmg benar2 tercapai, kadang2 azamtu x sempat pun tercapai. tapi alhamdulillah, bagi dang, hampir kesemua azam dang pada 2011 dahpun tercapai. alhamdulillah. tapi ada jugak yang x tercapai lagi dan akan dibawa ke tahun hadapan untuk direalisasikan. insyaAllah. 

Tuesday 27 December 2011

AYAT KURSI:
1) Baca pada saat keluar rumah , 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi..
2) Baca pada saat masuk rumah , kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu..
3) Baca setelah berwudhu , darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat..
4) Baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam..
5) Baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Saturday 24 December 2011

Februari 2012.: knp ia mempunyai tarikh yang sangat penting buat aku, Lisa Surihani dan Yusri Kru?

assalamualaikum..selamat berhujung minggu semua. apa khabar korang? ada apa2 plan x hari ni? kalau xda plan, meh la jengah2 blog dang yang x seberapa ni. hehehe

rasa tertanya2 x bila tengok tajuk entry mcmtu? rasa mcm nak baca tak? hehehe.. saja je wat tajuk entrypoyo2 sket.. hehehe

seperti yang dah diumumkan oleh kedua2 bakal pengantin, diorang tetapkan 23 Februari sbgai tarikh pernikahan diorang kan. dan pada 26 Februari sebagai tarikh utk majlis resepsi kan. hehehe ada kaitan tau dengan dang. kaitan dari segi tarikhla. hehehe. but dont get confused ya. bkn nak kawen jgk pada tarikh tu. tapi InsyaAllah, kalau xda aral melintang, 26 Februari 2012 tu, kebarangkalian untuk ada 1 event kat umah dang. mungkin akan ada majlis pertunangan seorang gadis ayu.. kehkehkeh.. perasan je kan ^____^.

insyaAllah kalau dipermudahkan segala urusan, dang dan si jantung limpa (InsyaAllah bakal imam solat dang) akan mengikat tali kapal.. ehhhh.. tali pertunangan. harap sangat saat tu Allah permudahkan urusan kami. Allah bagi kami keringanan utk membina masjid di jalan yang diredhaiNya. dang harap blogger2 len dpat la doakan. InsyaAllah bila dah dekat majlis tu nanti, dang akan announce lagi n jemput rakan2 blogger ke majlis dang. kalau orang sanggup datang ke Kepala Batas, Pulau Pinang, datang tau.. hehehe..

dang harap rakan2 blogger yg lain dapat doakan kebahagiaan dang. sobsob.. mcm tacing pulak.. huhu.. pendek kata, meh la kita doakan kebahagiaan di antara kita blogger2 yang ada kat Malaysia ni dan panjang kata, meh la kita doakan kebahagiaan umat Islam kat dunia ni.

pink gitu..hehehe..


k selamat bertemu kembali.. tatatititutu ^____________________________^

Friday 23 December 2011

pre-cOnvO phOtoshOot... 27 nOvember 2011

kalau orang len sibuk wat pre-wedding photoshoot tapi dang dgn member2 dang sibuk plak wat pre-cOnvo photoshoot.. lagi best... meh la intai2 gambar kitorang..

date: 27 nOvember 2011
venue: UMS
























Wednesday 21 December 2011

as usual: rabu tanpa kata...


Ya Allah, Kau satukanlah hati kami (Zulhaimi bin Mohamad dan Siti Zaidah binti Mohd Shah) seperti mana Engkau satukan hati pasangan yang lain di jalan yang diredhai-Mu ya Allah. Dekatkanlah ikatan jodoh diantara kami (Zulhaimi bin Mohamad dan Siti Zaidah binti Mohd Shah). Permudahkanlah urusan kami (Zulhaimi bin Mohamad dan Siti Zaidah binti Mohd Shah) untuk mendirikan istana cinta di atas landasan suci-Mu ya Allah. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Monday 19 December 2011

Surah-surah untuk panduan kita bersama

Surah al-Fatihah - dapat memadam kemurkaan Allah SWT
Surah Yassin -  dapat menghilangkan dahaga atau kehausan di Akhirat kelak
Surah Dukhan - dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat
Surah al-Waqiah - dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir
Surah al-Mulk - dapat meringankan azab di dalam kubur
Surah al-Kauthar - dapat meleraikan segala perbalahan
Surah al-Kafirun - dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian
Surah al-Ikhlas - dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafik
Surah al-Falaq - dapat menghapuskan perasaan hasad dengki
Surah An Nas - dapat melindungi kita daripada menghadapi penyakit was-was

from now on, just call me 'dang'

wah wah wah... ayat...x bleh blah kan. konon2 nak speaking la kan. huhu k xnak cakap banyak, kite cuma nak cakap, pasni, xnak dah berblogging. Ehhhh.. jangan silap. bkn bermaksud kite nak berhenti berblogging tapi kite xnak dah berblogging guna 'kite' bagai. pasni korang bleh panggil kite 'Dang'. lagi senang.. nanti akan distorykan knp kena panggil dang. ok see ya =)

Sunday 18 December 2011

alamakkk!! rahsia dah terbongkar..

ohohoiiiii... assalamualaikum.. rahsia kite dah terbongkar la.. alamakkkk... mesti korang tertanya2 kan rahsia apa.. ekcelli rahsia kite nak tunang la.. ada member 1 u kite dah tau kite nak tunang.. huhu rupa2nya dia baca blog kite la.. terharu jgk bila ada member2 yang sudi baca blog kite. kawan2 yg len xtau lagi kite nak tunang. sengaja xnak bgtau dorang since majlis tunang tu 2 bulan lebih lagi.. huhu..

mesti korang cakap, 'kalau xnak org tau, knp update kat blog' kan kan kan. mesti korang cakap mcmtu kan. meh kite nak jawab. saja update entry pasal tunang tu kat blog sb kawan2 kat u dgn kawan2 skolah xtau kite ada blog. so, xbleh nak hapdate entry pasal tunang kat FB, kite hapdate la kat blog. biar la kawan2 blog je yang tau sb kite xda ramai kawan blog. hehehe... tade yang nak kawan dgn kite :-( hukhuk.. (ngada2 kejap)..

since dia dah tau plan kite, xpe la. nanti insyaAllah bila dah sampai masa, kite jemput eh.. meh datang tido umah kite. hehehe..

ada keje kosong tak?

assalamualaikum.. kalau korang baca tajuk entry tu mesti dah tau kan kite nak hapdate pasal apa. kite dah konvo ujung bln 11 aritu. skrg tgah tggu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia panggil utk attend interview sblm jadi guru. kite rasa bosan sangat2 tak buat pape kat umah. kite nak keje. nak cari pengalaman n nak cari duit sendiri. bosal la hai dok umah. pas buat semua keje umah, kite dah blur dah. ada tak eh keje kosong untuk kite? bosan neyh tanam anggur..

Saturday 17 December 2011

Segmen CP | Jom Jadi Kawan!

8 Tips Cepatkan Jodoh

sebagai seorang yang beragama Islam, mmg kita didedahkan dengan pepatah 'jodoh pertemuan ditangan Allah SWT. tetapi, kita patut berusaha untuk mencari calon pasangan kita. kat sini kite nak share dgn korang beberapa tips untuk mempercepatkan jodoh dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood

1. Berdoa selepas solat lima waktu
Sentiasa berdoa selepas solat 5 waktu supaya diringankan jodoh. blh juga mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat didalamnya.

2. Berdoa pada waktu tengah malam
Berdoapada tengah malam (waktu qiamullail) adalah waktu mustajab. disamping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang dihajati tercapai. InsyaAllah.

3. Doa ibu bapa
Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan tertentu.

4. Puasa pada hari lahir
Puasa ini dipanggil puasa hajat. pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. mudah-mudahan doa kita dimakbul.

5. Solat sunat taubat
Lakukan solat sunat taubat pada waktu tengah malam sblm berdoa memohon sesuatu hajat.

6. Pohon restu ibu bapa
Pastikan hubungan yang ingin dijalin mendapat restu daripada ibu bapa. insyaAllah sekiranya ibu bapa merestui hubungan tersebut, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

7. Amalkan doa-doa pilihan
Antara doa yang boleh diamalkan adalah:
Surah Yusuf ayat 4- untuk memudahkan dan mendapat jodoh yg baik.
Surah al-Qasas ayat 24- doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat.

8. Solat hajat
Jika semua langkah di atas telah diamalkan, maka langkah terkhir adalah dengan melakukan solat hajat memohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik di dunia dan di akhirat.

add note: amalkan surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam.


pesanan Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Akan datang satu zaman, di mana umatku akan:

1. Cinta kepada kehidupan lupa kepada kematian

2. Cinta kepada mahligai lupa kepada kubur

3. Cinta kepada harta lupa kepada hisab

4. Cinta kepada dunia lupa kepada akhirat

5. Cinta kepada makhluq lupa kepada Khaliq 

selamat berhujung minggu... apa plan korang hari ni?

assalamualaikum.. selamat berhujung minggu korang. hari ni ahad. mesti korang ada mcm2 plan kan nak buat hari ni. mehla share. apa plan korang hari ni.. <smile>

Tuesday 13 December 2011

preparation untuk tunang, brapa lama ek?

assalamualaikum.. selamat tengahari ollsss...

hari ni masih lagi menaip dalam keadaan tangan yg x brapa nak baik tapi Alhamdulillah dah mampu untk menaip dengan kedua2 belah tangan as usual. alhamdulillah..

lusa kazen kite dah nak tunang. x sabar nk tgk event dia mcmna. kelam kabut jgk kite tgk dia wat preparation sb ahad lepas baru diorang decide nak tunang. adeyh... nasib baju tunang tu dia dah hantar kat tailor awal2 lagi. dah siap dah.. semalam kite teman dia beli reben tambahan n bekas cincin. malam nipulak dia nak ajak kite g beli barang apa ntah. x sempat nak tanya smlm. nampak rushing sgt. tambahan pulak siang2 hari dia kena kursus. petang baru balik.. penat kau.. terkejar2 sana sini..

bila dah tengokkan keadaan dia yg rushing tu, kite terpikir nanti kite nak tunang, kite kena wat preparation awal la kan. InsyaAllah dijangka antara ujung bulan 2 n pertengahan bulan 3. tema untuk tunang pun x abis fikir lagi nak kaler apa. tapi barang2 untuk hantaran tu insyaAllah kejap je nak decide even dia amik masa jgk nak buat.

agak2 korang bila masa yang sesuai untuk kite mula wat persiapan untuk majlis pertunangan kite?

Monday 12 December 2011

Majlis Makan Malam Inspektor Sukarelawan Polis (SUKSIS) Ums 2011

DINNER SUKSIS
27 November 2011
Sutera Harbour, Kota Kinabalu
meraikan Tuan dan Puan selepas Majlis Pentauliahan


senarai menu yang sangatlah sedaaapppp..

gadO-gadO yang suka bergadOh..

sweetcorn sup. ni yang paling sedap..

menu mcm kat umah kenduri since tema dia masakan melayu kot. ni pun sedap jgk...

meja kitorang. meja inspektor sukarelawan..

posing dulu sblm makan.. dari kiri, awi, pat, ros n me..

sebahagian dari the ladies wif Cik Salina yg bertudung pink tu..

dari kiri pat jalan: me, mimi, salmie n ita

for sure, that's me..

3 taun dok sebilik make me deeply syg wif her

teruja tgk makanan bnyk. time ni perut dah bergerudi dah..

kami 1 meja. tiada persaingan antara kami.. mknn smer cukup2..

puding caramel. sedap sgt. mcm nak mintak 2 tapi malu..

wif my 'daughter', wawa

wif my ex rumie jgk. stay wif her for 2 years..

wif our junior as the dancer

dgn jurulatih kawad yg paling berdedikasi. Encik Kumaran a.k.a shahrukhkhan Ums

penerima anugerah terbaik keseluruhan

posing dlu wif jahan

pendek kata malam tu best sgt dapat jumpa kawan2 balik pas 5 bulan x jumpa. i miss them so damn much <3


saya nak tunang pastu nikah.
 k tu je nak cakap.hahaha
poyo? lantak la... :p

Sunday 11 December 2011

sape ada entry pasal majlis pertunangan, sila tinggalkan link ye

fuhhhh... panjangnya tajuk entry.. papepun, assalamualaikum.. selamat pagi. pagi2 lg dah online buka blog. kite nak cariblog yang blogger dia dah bertunang or dah nikah. bkn apa, kite nak wat review la.. nak tgk preparation yang dia buat even tu hanya majlis tunang je..
 kalau ada, bleh x tinggalkan link kat entry neyh..

Saturday 10 December 2011

entry yg tertangguh..

banyak lagi kot cite yang kite nak cite tapi tak tercite kat sini.. semua ni gara2 malas n sifat suka tangguh2 la bila nak hapdate belog. uiisshh geram seyh..

antara entry yang tak terpublish lg adalah

 konvokesyen
 accident
 plan 2012
engagement cousin
my new boboi


kira banyak jgk la kan entry yang masih sangkut2.. nak hapdate bnyk2 mcm x bleh je since kite pakai tgn kanan je untuk hapdate belog coz tgn kiri injured msa accident aritu.. 


perlu mula buat blog B2B skrg ke?

assalamualaikum.. selamat petang. sempat hapdate belog walaupun dalam keadaan sakit. tgn kanan kite yg mainkan peranan utama untuk hapdate belog ni.. huhu.. keep smiling..

ekcelli, kite nak cakap ygkite suka sgt tgk belog yg cakap2 sal nak tunang n kawen.. suka sgt ^_________^ cam gedik kan. hahaha.. biarla. peduli hape. kite ada terpikir nak buat belog B2B tapi segan la. huhu.. nak tunang taun depan tapi patut ke kite mula create new belog dari skrg? cam ngada2 je nak tnya korang kan. mesti korang ckp 'nak buat, buat le haku peduli hape kan' ngeee... jgn bha cakap gitu..

xpe la. nanti kite bincang dgn bakal imam kite sama ada patut start dari skrg atau just stay with this blog aje. k la.. tgn dah terketar2 dah ni.. rasa sakit.. nanti pape, kite hapdate len eh.. tata.. sorry la ea kalau ayat kite mereng2 skit sb kite pun tgah mereng2 ni hapdate belog pas 2 hari accident..

Friday 9 December 2011