Monday 31 October 2011

20 amalan murah rezeki



Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah 
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar 
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa 
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah 
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa 
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah 
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain 
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat 
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak 
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi 
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim 
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk 
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah 
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) 
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha 
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah 
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu 
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa 
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya 
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal 
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Sumber: Majalah ANIS


Saturday 29 October 2011

meh baca: Perbualan Rasulullah s.a.w dengan iblis

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar menjawab segala pertanyaan yang Baginda tanyakan padanya. pada suatu hari iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. bertanya Rasulullah s.a.w., "Siapakah kamu ini?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis". "Apa maksud kamu datang berjumpa aku?" Orang tua itu menjawab " Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku"

Baginda Rasulullah s.a.w. lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?"

Iblis menjawab, "Lima belas"
1.     Engkau sendiri hai Muhammad
2.     Imam dan pemimpin yang adil
3.     Orang kaya yang merendah diri
4.     Pedagang yang jujur dan amanah
5.     Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
6.     Orang Mukmin yang memberi nasihat
7.     Orang Mukmin yang berkasih sayang
8.     Orang yang tetap dan cepat bertaubat
9.     Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan menderma
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang 
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu dalam kalangan umatku?"

Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan"

1.     Hakim yang tidak adil
2.     Orang kaya yang sombong
3.     Pedagang yang khianat
4.     Orang pemabuk/peminum arak
5.     Orang yang memutuskan tali persaudaraan
6.     Pemilik harta riba'
7.     Pemakan harta anak yatim
8.     Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat
9.     Orang yang enggan mengeluarkan zakat
10. Orang yang selalu berangan-angan/khayal dengan sesuatu yang tidak berfaedah

"Mereka semua adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah diantara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya iblis laknatullah itu adalah musuh Allah S.W.T. dan manusia. Dari itu hendaklah kita sentiasa berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis, beerti menjadi musuh Allah S.W.T. Demikianlah sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah beerti menjadi kawan kekasih Allah S.W.T.

Sekadar renungan dan perkongsian bersama =) 

Thursday 27 October 2011

PETUA: Kecantikkan rambut pulak..

assalamualaikum... salam Jumaat. seperti yang kite cakap pagi tadi, kite akan hapdate satu lagi entry.. kali ni pasal kecantikan. sebelum ni kite penah hapdate pasal petua kecantikan yang len. kalau lupa, meh tgk KAT SINI. kali ni kite nak citer pasal kecantikan rambut pulak. almaklum lah rambut kan mahkota wanita. x kisah la yang bertudung atau yang tak bertudung, kecantikan rambut memang sangat dititikberatkan kan.

xnak membebel panjang2, meh la tgk apa yang kita bleh buat untuk dapatkan rambut yang cantik, sihat dan bersinar..

cantikkan rambut ni (ehsan abg google)


1. Petua cantikkan rambut
untuk mendapatkan rambut yang cantik dan mudah diurus, cuma perlu guna sebiji telur ayam dan 2 sudu madu. mudah je. campur kedua2 bahan tersebut dengan sedikit syampu. biarkan sebati dan syampulah seperti biasa. kemudian bilas sepert biasa.

2. Petua melebatkan rambut
ambik secekak kangkung, ramas semua sampai hancur. bila dah hancur sampai berlendir, amik lendir tersebut dan lumurkan ke kepala sambil urut2. lepas beberapa minit, bilas seperti biasa.

3.Petua wangikan rambut
ambil limau nipis, hiriskan kemudian gosok ke seluruh kepala. biar beberapa minit dan bilas. boleh je kalau nak guna limau nipis atau limau purut.

4. Petua untuk mendapatkan rambut yang lebat
setelah selesai makan, basuh tangan sehingga bersih. selawat 3x. pastu tangan yang basah tu sapu kat kepala segera.

5. Petua untuk melambatkan tumbuh uban
campurkan minyak kelapa dan air asam. sapu di kepala. biarkan selama 15 minit sebelum dibilas atau ambil secawan teh pekat dan tambahkan 1 sudu garam. setelah suam/sejuk, tuangkan rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. biarkan selama 1 jam dan bilas tanpa syampu.

6. Petua untuk panjangkan rambut
ambil sekurang2nya 4 batang serai, rebus dan biarkan ia mendidih. biarkan sejuk. kemudian basahkan rambut dengan air didihan serai tersebut. biarkan selama 30 minit kemudian bilas seperti biasa.

setakat tu dulu kot petua yang nak dikongsikan hari ni.. hehehe.. selamat mencuba..


entry tade tajuk okeyh..

assalamualaikum... selamat pagi sumer.. selamat hari Jumaat.. selamat selamat la sumer...

pagi ni bangun tersangatlah awal.. pas solat subuh, tatau nak wat pe. so, kemas2 umah settlekan mana yg patut. kilatkan apa yang patut kilat.. akhirnya siapppp!!. pas siap, apa lagi, terbongkang la depan laptop ni sambil dengar Hot fm kat 8tv.

buka je laptop, kite terus terfikir nak hapdate belog. dah seminggu dah tak hapdate belog. sebab utama nape tak hapdate belog, sebab lately sibuk dgn lesen kite. skrg dah settle, Alhamdulillah. now, ada masa nak hapdate belog tapi tade idea la pulak.

dah dah dah xmo la merepek panjang2.. penat beteiii.. k la.. jap g sambung dengan entry baru eh...

Friday 21 October 2011

teringin beramah mesra dgn blogger2 lain.. ada yg sudi x?

assalamualaikum.. malam ni terpanggil lagi untuk menghapdate belog. semua ni gara2 tgk ramai blogger kat fb. setakat ni kite dah add beberapa blogger kat muka buku dgn harapan dapat mengenali mereka dgn lebih baik.. bila tgk blogger berborak sesama sendiri, rasa happy je. rasa nak sgt join tp kite x kenal ramai blogger. so, kite harap dapat beramah mesra dgn blogger2 xkira ;a yang lama atau yg baru eh. xpe. jgn malu2 dgn kite. ok. tatatititutu..


Thursday 20 October 2011

normal la kalau perempuan cemburu kan...

assalamualaikum... lama rasanya x hapdate belog. lately sibuk sgt. mana nak abeskan lesen, pastu nak urus tiket nak g konvo lagi. rasa letih je..

ok xmo cite panjang2. back to the entry, hari ni nak cakap pasal 'cemburu'. kalau cakap pasal cemburu, semua orang akan kata perempuan yang kuat cemburu daripada lelaki. ya, it's true tapi semua tu berasas ok!. normal la kan kalau perempuan cemburu. lelaki pun ada jgk yang cemburu kan tapi kebanyakannya xnak ngaku cemburu. bila xnak ngaku, apa yg mampu dibuat, hanya lah marah. uuuuu..

bila perempuan cemburu, lelaki dapat tau kan. sb perempuan akan tunjuk melalui mimik muka/tingkah laku atau diorang akan cakap/tanya tentang sesuatu directly @ undirectly. agaknya ada x org yang langsung xda perasaan cemburu? langsung x cemburu dgn apa2 pun. just rileks je bila tgk benda2 yg sebenarnya kalau org len tgk, org len akan cemburu. faham x ayat kite neyh? huhu..

xnak la cakap panjang2. cuma nak cakap normal la kalau perempuan cemburu kan. bersyukur la kalau ada yang cemburu. huhu.. 

Saturday 15 October 2011

kite malu bila dia baca blog kite tp kite sukeerrr.. *wink*

assalamualaikum.. selamat malam minggu.. uuuuu...

malam ni nak hapdate belog lagi. kali ni mood nak hapdate pasal 'Aaron Aziz' kite. ekcelli pagi tadi kitorang borak2 kat phone sblm dia g keje. pastu kite mintak tlg dia tgk belog kite jap sb dah lama sgt x buka belog sb meksis berukband wat hal.. geram je rasa. disebabkan perasaan rindu sangat kat belog n nak tau apa kejadian belog kite. mesti dah bersawang. so, pas dia tgk2 belog tu, kite suruh la dia tutup. tetiba je dia baca cite pasal 'hari lapar sedunia' kite tu.. malu seyh... rasa cam merah menyala je muka neyh..

masa dia baca tua kite hanya mampu jerit suruh dia tutup je belog tu. tapi dia xnak. dia pun gelak2 je.. isshhh.. kurang asam keping punya pakwe. rasa nak je kite smackdown dia tau.. haissshhhh...

ekcelli, roti telur yang kite cakap ada orang masakkan tu sbnrnya dia yang masakkan.. hehehe.. pemalas punya gelpren sb xnak masak.. kikiki.. tapi apa salahnya kan kalau lelaki pulak yang masak untuk pOmpuan kan. uuuuuuu.. tapi siyes kite malu je bila dia baca belog kite.. huhu.. segan tau. k la xnak la hapdate panjang2.. takut nanti dia baca lagi.. malu la.. *padahal dalam hati, baca la lagi len kali* :p


kite suka gambar dia yg ni


Friday 14 October 2011

dia ke melaka, sukenyerr..

assalamualaikum.. jawab2 cepat.. xmo postpone2 jawab salam..

lama ase x hapdate belog yg makin serabai neyh.. windu seyh.. windu nak merepek n windu nak poyo2 kat belog sendiri. hari ni, Alhamdulillah ada jgk kesempatan nak hapdate belog neyh.. xmo merepek panjang2.. asenye kalau korang dah baca entry kat atas tu, korang mesti dah tau apa yg kite nak citer kat sini... apa??? xtau? main2 eh..nak kena smackdown eh.. uuuuuu...

kawan2. nak cite ni.. hari Ahad lepas, kite g Melaka. g umah kawan kite yang kite panggil 'kakak' sb ujung bulan ni dia dah nak balik Kelantan dah. so, kalau dia balik Kelantan, susah skit la nak pegi sb mak mesti x kasi. nape mak x kasi? sb kite x penh g Kelantan sorang2.. kalau Melaka, kite penah g dgn pakwe kite. dia antar kite g tempat kakak.. so, kite dah berani skit la.. masa on the way g Melaka, kite sms dia cakap kite nak g Melaka. then dia reply cakap nanti dia bgtau bila dia off.. hehehe.. honestly, 1 sebab knp kite nak g Melaka sgt sb nanti kite leh direct g Johor.. leh jumpa Aaron Aziz kite.. hahaha.. mak pun dah dapat detect dah knp kite gedik2 sgt nak g Melaka..hihihi *ketawa supan*


pakwe kite bgtau dia Off hari selasa n dia cakap leh la jumpa hari Selasa tu.. last2 hari Isnin malam tu kite gaduh dgn dia. kite merajuk n cakap nak balik Penang. mgkn dia pun panas hati jgk, dia pun suruh kite balik Penang jgk. xpayah jumpa dia. rasa sedeyh je.. kakak dah tido time tu, kite tgk lampu dah padam, semua dah tido, kite nanges je.. huhu.. pastu tetiba dia call, dia suruh kite balik.lagi la rasa nak nanges kuat2 je *sobsob T_T* tapi mcm biasa la.. mna kite pandai nak nanges kuat2.. tau2 je kuar air mata dgn hing_s.. hahaha.. nanges je malam tu sampai letak fon.. nasib time tu kite mmg selsema, so, x kesah la kalau nak *shreeetttt* pun.. hahaha..

aleh2, esok pagi dalam pkul 6.30 pagi, dia sms:

Dia: Abg nak g sana da ni. nak masuk kat ne? air keroh ke?
kite: ye abg *dalam hati, eksaited terlampau. mcm nak lompat2 je atas katil tu*
dia: masak sedap2
kite: mana ada masak dok kat resort, dapur pun xda. pantai ada le..
dia: ha mandi jap g
kite: abg bawak baju ke
dia: xda pun, pinjam baju syg la *otomatik, kite tgk baju kite n ketawa sb kite tau dia xkan muat..hahaha*
kite: ok. abg drive elok3 ea.
dia: suke la tu *dalam hati, rasa suka sgt2*

dalam pkul 8.05 pagi, dia sms lagi tnya nama resort yg kite dok. dalam pkul 9 pagi, dia sampai. time tu kite x mandi lagi. p salam2 dia dulu pastu lari2 masuk bilik p mandi..hehehe *eksaited*

dekat sejam jgk dia tggu kite siap.. nak mandi, nak siap2 tempek bedak sume.. hhaha.. campur dgn borak2 dgn kawan2 dalam bilik tu. pegi je kat keta dia, tgk muka, alahaiii.. muka bangun tido. dia terlelap masa tggu kite. rasa sayang sgt bila tgk muka dia gitu..  sebelum gerak dari resort, sempat la posing2 jap depan resort.. nak tgk x sekeping dua pic neyh.. jap eh...

loading...






loading...






tada...



me and him



pose sowang2 jew

tu je gambar yang menjadi.. tapi kira okeyh la tu kan. asalkan ada. tapi kite sukeeee sangat... ngeeee...




Akhirnya...

alhamdulillah.. finally.. dapat jgk online n hapdate belog.. yeahhh.. rasa cam nak melompat tinggi2 je.. tima kasih kakak maxis sb bantu saye.. kikiki.. ailebiu la.. bluweekkk... :p

pasni nak rajin2 hapdate belog sb nak masukkan entry yg terpaksa dipostpone atas sebab tertentu.. *wink*

Wednesday 12 October 2011

rindu amat sangat

Assalamualaikum.. Haiiii.. Lama x jumpa kan. Huhu.. Lama sangat rasanya tak melompat sambil lari2 kat sini. Rindunyaaaaa... Semua ni Maxis berukband la yg tetiba mogok apa ntah. Dah termiss nak baca cite2 menarik korang. Kali ni post entry thru phone je. Nasib ada blogger-droid. Syukur Alhamdulillah. K la. Nanti jumpa lagi eh. Tatatititutu..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 5 October 2011

nak edit blog tapi x pandai.. uuwaaaa...

assalamualaikum.. dah lewat malam baru tergerak hati nak hapdate blog neyh.. huhu..

kite nak ngadu kat korang neyh. kite bosan la dgn background blog kite. rasa nak edit je blog kite neyh tapi kite x pandai nak edit blog neyh.. nak buat kotak2 baru nampak kemas..

tulun la guide kite camne nak cantik n kemaskan blog kite neyh.. rasa x bersemangat je nak hapdate blog neyh bila tgk blog kite.. huhu.. tapi kite tetap sayangkan isi blog kite tau.. hehehe.. tata..

Sunday 2 October 2011

harapan di bulan Oktober..

assalamualaikum.. hari ni dah masuk hari kedua dalam bulan Oktober dah.. kejap lagi masuk hari ketiga pulak. pastu hari keempat.. blablabla.. bila nak abes kan.. ngeee~~~~

bila dah masuk je bulan Oktober ni, kite rasa bersemangat semacam je.. hehehe.. rasa mcm nak mulakan ido0p baru.. nak perbaiki diri n nak selesaikan apa yang x selesai lagi.. ekcelli, bnyk tau benda x selesai lg. terutamanya kawen.. hahaha.. aiiippp... kite xnak kawen lg la.. x keje lagi, sO, xleh kawen lagi.. lalalala... ok stop..

seriously, bila dah masuk bulan Oktober ni, baru kite rasa yang masa kite dah banyak terbuang untuk benda yang x brapa berfaedah.. huhu.. *nyesal jgk la*.. T_T.. dah stop once again..

jom tgk checklist kite untuk bulan Oktober ni

|
|
|
|
|
|
V

abiskan lesen keta. doakan sy ye..
kumpul duit nak beli DSLR..
 cari keje part time sementara nak konvo..
 tolong my beloved cousin survey cincin tunang..
tolong my lovely mOm urus my Takaful insurance..
mula untuk jaga kesihatan dan kecantikan diri.. agaga..
belajar untuk pandai berfesyen.. *wooowww*