Tuesday 29 March 2011

dia seorang bapa yang penyayang..

ehemmm..malam ni rasa cam nak share dgn kOrang pasal apa yang sweet sgt yg sy rasa pada hari ni.. tengahari tadi, sy kuar Outing dgn my bestfriend.. then, ada la kawan kitOrang ni blanja kitOrang makan ice cream mcD.. I'm lOvin' it!.. sgt2 sedap ye.. then kawan kitOrang terpaksa balik ke kampus sb nak amik cOursemate dia nak angkut g kelas dOrg. sO sy dgn kawan sy lepak2 la kat kerusi yang disediakan sambil menghabiskan ice cream yg lazat tu.. then tiba2 datang seOrang lelaki sambil mendukung seorang budak perempuan yang sgt cOmel sambil memegang tgn seOrang budak lelaki..\pada amatan sy la, kedua2 kanak2 tersebut anak kepada lelaki tersebut.. cOmel sgt anak perempuan dia.. sempat sy bermain2 dgn kanak2 tersebut.. cute sgt bila budak comel tu nak tiru gaya saya menggigit kon ice cream.. comel.. gelagat dia sgt menghiburkan.. tp hOnestly sy sgt respect lelaki tu. dia mampu menjadi seorang bapa ysng baik. takda pun seorang perempuan bergelar isteri di sisi dia waktu dia uruskan anak dia..
dapat bayangkan bahawa dia berada di dunia dia bersama anak2nya..

Sunday 27 March 2011

agak cuak bila melalui jalan yang sunyi sepi

cuak..mmg cuak..berdebar2 je jantung ni.. tp bukan sebab jumpa jejaka idaman atau nak lari 100 meter pecut tau.. tapi berdebar2 sebab nak balik dari discussion pukul 12.40 malam tadi.. sy dengan one Of my grOup member merangkap my bestfriend.. walaupun kitOrang nek mOtOr, tapi, rasa cam lama je perjalanan dari kOlej E ke my kOlej which is kOlej A.. jalan sunyi sepi,, langsung x dengar bunyi apa.. sy rasa sangat neves ya.. al maklum la dang ni penakut skit.. ehemmm...bukan penakut sikit ye. tp penakut banyak ye.. dalam perjalanan tu, sy x pandang kiri kanan dah tp sy hanya mampu pandang jalan je.. time tu dalam kepala Otak macam2 benda dah kuar..huhu..sandiknya..
dalam hati ni dah berpuluh2 kali dah sy baca ayat Kursi..adeyyhh..memang penakut kan sy ni.. nasib baik la discussiOn tu abis pkul 12.40 malam sb bateri laptop dah abis.. kalu x abis lg, alamatnya sampai pkul 2 pagi kOt kitOrang still fOkus pada assignment kitOrang.. sO far So goOd la semuanya.. we manage tO finish it On time ya..

Saturday 26 March 2011

penat cari idea nak wat entry baru..last2 terpikir nak cite sal 'my alOng' atau bukan nama sebenar, nak cite sal abg sy..walaupun hakikatnya xda abg, tp sebenarnya, ada abg..mcmna tu eh? hurmm.. meh nak intrOduce my alOng kat kOrang..
alOng sy nama dia Mohd Nazri Johari. sgt2 pembuli ye..asal nOgOri n ada sebuah band.. rasanya pOsisi along sbg gitaris kOt tp dia pun pandai men drum gak.. xmO cite bnyk2 sal alOng nanti dia kembang kempis kalu dia tau..nak tgk x sape empunya nama along a.k.a mohd nazri johari?
tadaaa...

ni plak gambar alOng tgah dOk nak practise men drum.. tp pose lgsg x bleh blah :p

actually, kenal my alOng a.k.a abg dah agak lama.. kenal pun kat blOg.. cuma skrg aje jadi rapat as abg n adik.. leh jadi rapat mgkn sb kami bnyk persamaan kOt especially fOod.. ni antara makanan dan minuman faveret kami..
1) laici buah yang dalam tin kuning tu

2) milO.. minum milo anda jadi sihat dan kuat

3) tOmyam..uummphhh sedapnyerr..

4) drumstik..suka sgt2..tetiba abg pun cakap dia suka..huh..asyik nak tiru adik syak..

5) baru2 ni kami dapat tau kami suka lg mknan yg sama..laksa n cendOl.. mmg kecur air liur la kalau ingt.. kalau kOrang ada baca netry sblm ni pasal cendOl tu, kOrang mesti tau... xmO dah upload gambar cendol dgn laksa.. nanti lapar lg..huhu..

blOg sy dah cukup umur 3 minggu hari ni..

hari ni, 26-3-2011, blOg kesayangan sy dah mencecah usia 3 minggu.. masih baru lg la kalu nak dikira.. but sO far sO gOod, sy sangat2 suka menjadi seOrang blOgger.. walaupun fOllower sy cuma 32 je stakat ni, tp ia satu pencapaian yang agak bOleh diterima.. sangat2 menghargai mereka yang menyedari kehadiran sy sebagai blOgger baru.. berazam untuk slalu update entry blOg n decOrate blOg supaya jadi lebih cantek.. k caucincau..

Friday 25 March 2011

jalan-jalan di APK

mesti kOrang tertanya-tanyakan APK tu menatang apa kan.. menurut kamus buka tutup, APK boleh dipanjangkan hurufnya menjadi Asas Pembudayaan Keusahawanan.. APK ni dijalankan Oleh pelajar2 taun 2 kat UMS terchenta ni.. dOrg disuruh Oleh pensyarah2 dOrg untuk menjual.. kira buat cam karnival gitu. sO, kemarin sy sempat la rOund2 karnival tu dgn kawan Suksis sy, Salmie Suhana.. asalnya kitOrang ada prOjek kat library. disebabkan prOjek kitOrang tu siap awal, sO kitOrang decide nak g jalan2 sementara tggu kelas pkul 4 nanti.. meh la tinjau2 gambar2 kitOrang ni..

me wif salmie

another pic.. ni la keadaan di sebahagian gerai.. time ni awal lg.. bila petang baru riuh rendah....

ni pulak salah satu aktiviti yg sy jOin..tangkap ikan pkai tisu..best sgt.. dalam masa 30 saat, kena tangkap 2 ekor ikan pkai tisu.. mesti angkat ikan tu skit ea sbg bukti ikan berjaya ditangkap..agak cuak time ni tp sO far sy berjaya n dapat mini hamper..

lepas abes main, me and salmie jalan2 lagi.. then tiba2, tanpa diduga, me terdengar satu jeritan yg sangat kuat menjerit sebut my name 'kak zai!!!'. tOleh2 ,mencari, then ternampak my adik2 melambai2 tgn memanggil me ke gerai dOrg. dOrg jual muffin.. kOnOnnya decOrate sendri.. sO sebagai menunjukkan yg me suppOrt dOrg, buat je ikut kehendak dOrang.. me buy muffin vanila n chOcOlate which cOsts Only 3 rgt.. ni pic masa decOrate..


tadaaa..hasilnya..abs semua kreativiti tertutup dgn taburan2 sang pelangi indah :p

skrg sampai turn part yg paling best..pakai henna yeahhh.. mula2 nak teman salmie je sb dia teringin, sekali me pun terpengaruh...haha.. bayar je singgit, dah leh dapat mcmni..

bila dah kering jadi camni.. sgt2 simple but i do like it..


lepas puas berjalan2, kitOrang berpecah n pegi kelas masing2.. it's really a wOnderful mOment spending ur time n mOney tO help Others.. c ya =)

Wednesday 23 March 2011

AmALAn yAng pALiNg DiciNTAi ALLAH S.WT

pagi tadi masa tengah baca sebuah buku yang dibeli di Harris baru2 ni bertajuk Ibadah Yang Menakjubkan > Amalan yang Paling Dicintai Allah s.w.t., saya sangat2 tertarik dengan satu tajuk seperti entry diatas.. sangat2 tertarik untuk berkOngsi dengan kOrang semua. sebagai umat Islam, mesti kita nak taukan amalan-amalan apa yang paling Allah suka jika kita buat.. ni ada sedikit perkOngsian dari saya sebagai rujukan kita bersama.. sharing is caring kan =)
diriwayatkan dari Muaz bin Jabal r.a., bahawa dia berkata:
"Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w., 'Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah s.w.t.? Rasulullah s.a.w. pun menjawab "Engkau mati dalam keadaan lidahmu basah Oleh Zikrullah" (Hadis Riwayat Ath-Thabrani dalam Al-Mu'jam ALKabr DAN Ibnu Hibban)


sO, kita dah tau kan amalan yang paling dicintai Allah s.w.t. kan. sekarang kita tanya dalam hati masing-masing sama ada kita mampu lakukannya ataupun tidak. jadilah Orang pertama yang menerapkannya dalam diri, jadilah Orang pertama yang melaksanakannya saban hari. jadikan zikir kepada Allah s.w.t. sentiasa dekat di hati kita. amalkanlah selalu...
hakikatnya zikir ni lebih baik dari kita asyik mengeluh bila terkena sesuatu musibah.. ni sebagai peringatan buat kita semua..
Rasulullah s.a.w. bersabda :" Tidak satu kaum pun yang berzikir kepada Allah, melainkan para malaikat akan mengelilingi mereka; rahmat (kasih sayang) menyelimuti mereka; kemudian ketenangan pun akan datang kepada mereka; serta Allah pun akan mengingati mereka di depan makhluk-makhluk yang ada disisi-Nya". (Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
bila kita baca hadis tu, berbunga-bunga kan hati kita. alangkah indahnya dikelilingi para malaikat, diselimuti dengan kasih sayang, disirami dengan ketenangan dan disebut oleh Allah s.w.t. di depan para makhluk disisi-Nya.. Ohh indahnya.. saya sangat-sangat teringin nak rasa keindahan tu.. teringin sangat2 Ya Allah..
ni ada sedikit ilmu n panduan zikir harianutk kita bersama.


kalau agak kecik tulisan tu, kOrang jenguk la entry sblm ni.. 'zikir-zikir harian'

last but nOt least, meh la kita tanamkan semangat berzikir tu dalam diri kita. InsyaAllah kita akan menemui keajaiban yang menakjubkan..

zikir-zikir harian

 
Posted by Picasa

saya bluRrr bila...

blurrr..apa tu blurrr? blh x kalau diklasifikasikan blurr ni mcm xtau nak cakap atau buat apa..huhu.. bOleh la tu kan.. kat sini just nak share skit2 je dgn kOrang.. saya sangat2 blurr bila Orang tnya sy sal lOve ni..huhu.. xtau nak cakap apa.. rasa malu pun ada, rasa cam panas je muka.. rasa cam blurrr.. saya blurr bila Orang tnya pakwe sy sape..huhu..sy xtau nak jawap apa.. sy blurr bila Orang tnya time sy lapar..huhu..dalam kepala asyik ingat nak makan je.. saya jgk blurr bila saya rasa cam sy patut blurr.. ntah pape je kan.. sy jgk blurr bila tgk menu makanan bila kat kedai makan.. nafsu makan tu tinggi..semua makanan nak..tOmyam la, laksa la, mee la,, nasi gOreng paprik la..huhu..sy blurr lagi.. kadang2 blurr jgk bila nak pilih minuman.. paling kerap sy blurr bila dalam kelas..bila x faham apa lecturer explain, then bila dia suruh wat apa2 keje dalam kelas.. keje x dapat siap sb sy still blurr.. bila kuar dari kelas, terus blurr tu ilang..huhu.. skrg ni, sy pun blurrr.. blurrr je.. tambah2 blurrr bila baca apa yg sy tulis ni... sabO je la..caucincau =)

Tuesday 22 March 2011

cEndOL puLuT + LAksA = uMmPphH..

masa tengah syOk2 pikir sal entry baru tuk my LOvELy bLOg ni, tetiba my aLOng ajak g makan la kOnOn2 nyer.. skrg kan lunch time.. hajat di hati, kalau alOng dekat, mau je ikut.. tekak tetiba je nak makan cendOl, sO sy bgtau la alOng sy nak makan cendOl pulut.. then along pun cakap dalam kepala dia pun terpikir nak makan benda yang sama..huhu.. sangat2 ajaib je.. kepala kami pikir benda yg sama je untuk kali ke brapa pOn ntah la.. instinct sebagai 'adik-beradik' kOt..hihihi.. sedapnya kan kalO dapat makan cendOl time2 mcmni.. xdapat dibayangkan kesejukan yang dirasa di tekat bila ais cendOl tu turun masuk ke isi perut..peerrgghhh sedapnya tu.. nak makan cendOl dgn laksa la.. mesti dOuble tripple sedap punya la.. bila dah abis makan, cOnfirm2 perut buncits macam kantung 30 sen sb minum cendOl n makan laksa.. dua2 berkuah.. tp peduli apakan..asal happy dapat makan dua2 benda alah ni dah cukup..
xdapat nak makan dengan 'my alOng' sb kitOrang jauh.. dapat tgk gambar pun jadi la kan..
just imagine je dOk kat gerai bawah pOkOk kat mana2, then Order..cendOl pulut satu kak.. then imagine lagi kakak tu cakap siap sambil bawak cendol pulut..





Oppsss kak, mintak laksa penang satu ea... tak lama lepas tu..akak tu datang bawak laksa pulak



bestnya..memang terangkat la kalau dapat makan dua2 ni..huhu..lapO lapO... xsabar rasanya nak balik kampOng n bedal semua ni.. enjOy it..

idea OoO idea...

pagi ni rasa cam blur2 je.. macam biasa, kalau xda buat apa2, Online, buka fb, buka blOg.. bila buka bLog, terus blur.. xtau nak update apa.. tp tangan tetap gatal nak menaip jgk.. mengalahkan secretary pulOp..kikiki.. hari ni xda idea la nak update apa..huhu..ada sape2 ada idea x? urrrmmm..kOrang pun xda idea ek? xpe la..tggu la kejap2 lagi.. mana tau kOt2 ada idea berterabur ke kat kepala ni.. k caucincau...

all the best pada mereka...

esOk rabu kan..23/03/2011 kan.. kan kan kan..kalau xsalah chek la kan, esOk result SPM nak kuar kan..huhu..mesti dOrg semua x sabar nak tggu resultkan.. especially cikgu2 kat skOlah n ibu bapa.. yang pasti, budak2 spm mesti cuak nak tgk result sendri kan..huhu..terkenang chek zaman nak amik result dlu.. nervOus giler..tp alhamdulillah..sO far sO gOod. n skrg dah final year dah kat ums.. syukur... ok la.. xmO melalut bnyk2..cuma nak wish all the best je.. esOk kOrang akan tgk hasil daripada usaha kOrang n penentu ke mana arah tuju kOrang lepas ni.. tataaaa....

Monday 21 March 2011

adab berdOa ^^

dOa adalah Otak kepada ibadat.. saya pasti kita semua kat sini mesti kerap berdOa kan.. x kira la lepas sOlat ke, time susah ke, time senang ke, tapi kita pasti akan berdOa kepada Dia yang Esa kan.. sebagai cOntOh time kita sOlat, setiap bacaan yang kita baca tu merupakan satu dOa tau.. pas sOlat kita dOa lagi. kalau sOlat fardhu 5 waktu, maknanya kita berdOa 5 kali.. wahhhh..banyaknya kita berdOa.. best kan.. tapi, ada tau Orang yg x berdOa. Org yang sOmbOng je tau yg x berdOa.
fOrget abOut that, kat sini sy just nak sharing ddengan kOrang semua tentang adab2 yang sepatutnya dilakukan semasa berdOa.. mudah-mudahan permintaan atau dOa kita ni dipandang Oleh Allah SWT sebagai permintaan ikhlas yang patut dimakbulkan.
1. memulakan dOa dengan zikir
2. berdOa pada waktu yang mustajab
3. berdOa dalam keadaan menghadap kiblat
4. merendahkan suara, antara berbisik dan suara yang jelas
5. tidak memaksa2 diri bersajak ketika berdOa
6. rasa rendah dir, penuh pengharapan dan rasa takut kepada Allah SWT
7. yakin akan pergantungan terhadap-NYA, yakin dOa akan dimakbulkan tetapi tidak kecewa jika
dOa belum dimakbulkan
8. memusatkan perhatian terhadap apa yang sedang didOakan dan lebih baik jika memahami kalimah
dOa yang dibaca

untuk pengetahuan tambahan, para Ulama pernah menyebut tentang waktu yang terbaik untuk berdOa.. antaranya adalah pada hari Jumaat, hari Arafah, pada waktu sahur, antara azan dan iqamah, antara khutbah Jumaat pertama dan kedua, ketika hujan lebat, ketika sedang sujud, sepanjang bulan Ramadhan, ketika dizalimi dan sepertiga malam..

cinta Oh cinta...

agak teruja bila bercakap pasal entry di atas tu..cinta Ohh cinta..saya sangat suka cinta.. in my opinion, cinta ni merupakan sesuatu yang abstrak.. yang subjektif.. ceewwaahhh..macam karangan spm la pulak kan.. huhu.. saya suka cinta..cinta ni indah.. cinta ni pelbagai.. cinta pada Allah SWT, cinta pada Rasulullah s.a.w, cinta pada al-Quran, cinta pada ibu bapa, cinta pada rakan-rakan dan cinta pada diri sendiri.. saya suka cinta..dengan adanya cinta, saya rasa disayangi betul.. tapi saya x suka cinta pada zaman mOden sekarang.. macam pelik je cinta sekarang. macam x best je..cinta zaman mOden ni banyak menjerumuskan muda mudi ke lembah maksiat..Astagfirullahalazim.. saya xtau nak kOmen apa dah pasal cinta.. kalau kOrang ada pendapat, meh la kita share2 pendapat kOrang pasal cinta ni..i'm waiting fOr ur respOnd =)

Sunday 20 March 2011

apa kOrang akan buat kalau...

sambil menikmati pOpia seaweed perisa ayam, eden tgah berpikir ni ha..apa eden nak buat kalau eden mintak maap kat Orang, then Orang tu xnak maapkan eden. dalam erti kata yg len, eden msj dia mintak maaf kalau eden ada salah tapi dia xreply msj tu. eden tggu2 sampai tetidO. bila bgn tdO, tgk xda msj jgk..huhu.. sambil menggigit2 pOpia ni lagi, eden nak tnya pendapat kOrang. mcmna la kalau maaf kita x diterima Orang. nanti dah mati, dikira dOsa lg x?alaaa... hati x senang wooo.. eden hanya mampu minta ampun dengan Allah.. kalO korang kat tmpat eden, apa kOrang buek?
eh, nape plak cakap nOgOri bagai ni ha? chek Orang pulau pinang la..huhu..

mOrning > rise and shine =)

selamat pagi semua.. hari ni isnin, sO bila hari isnin, semua start buat rutin harian mcm biasa balik. yg keje, p keje, yg skolah p skolah, yg blaja, p kuliah.. hOpe semua yg kOrang buat, buat dengan niat yang ikhlas kerana Allah Taala.. rise and shine pada semua.. pada yang x bersemangat tu, semangatkanlah diri kOrang,. xmO x bersemangat k.. kalO kOrang nak lebih bersemangat hari ni, kOrang pakai je baju warna merah menyala. cOnfirm bersemangat. bersinar2 semangat.. merah mak ngah.. k la..stakat tu je sy nak merepek kerepek kat sini.. cau cincau..sedap jgk kalau dapat minum bandung cincau hari ni.. perrgghhh...

muhasabah cinta - best sangat lagu ni =)




Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

kelebihan seOrang wanita...





Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Saturday 19 March 2011

bAik puNyA pErAngAi

jangan tertipu dgn entry tu ye kawan2.. baik punya perangai kat entry tu bukan perangai yg baik, tp sekadar menghiasi tajuk je.. bukan apa..cuma nak lepas geram je kat blOg sendiri. ada ka One Of my friend, mggu lepas dia setuju nak hang Out dgn me and Our 'pak lang' tOmorrOw, then tetiba dia bersetuju pulak nak kuar dgn sOmeOne else dengan alasan nak teman Orang tu jumpa abg angkat dia yg merangkap sebagai tunangan Orang.. alasan mintak teman sb malu nak jumpa. kalau dah malu, xpayah la jumpa. tunang Orang pulak tu. nak dijadikan cerita, Orang yg diajak ni pun bersetuju la.. kOnOn2 nak teman la.. pastu janji yang dibuat mmgu lepas, lebur mcmtu je. baik punya perangai. pandai pilih kasih. sabar je la.. pesanan wat kOrang, jgn sesekali pandai nak berjanji bagai. kalau x dapat tunaikan, x baik tau. makin lama Orang akan makin hilang respect dengan kita..
sO, renung2kan sebagai pedOman bersama =)

Thursday 17 March 2011

susAh kE nAk cAkAp 'mAAf''?

heran bin pelik bin ajaib betul la dgn manusia zaman sekarang.. ramai yang egO tahap gaban.. skuter egO pun x macam tu..huhu.. pelik sungguh dgn Orang zaman sekarang.. buat salah tapi xnak minta maaf. hilangkan barang Orang then xnak cakap maaf. yang dia tau nak buat, diamkan diri. huh apa daa.. kalau dah salah tu, ngaku je la.. pastu minta maaf. Orang yang panas hati pun bleh sejuk sikit bila dengar kata maaf tu. kalau malu nak kata maaf, kata sOrry pun cukup la.. minta maaf lebih baik daripada berkeras hati xnak ngaku salah. silap2 hari bulan, Orang x maafkan kita baru nak berdarah hidung. haaa... nak minta maaf atau say sOrry bukan susah pOn la sayang2 sekalian. nak cakap maaf, kuarkan 2 suku kata je.. 4 huruf je.. kalau sOrry pulak, 5 huruf je.. bukan nak suruh buat satu karangan pOn.huk.. nasibla chek ni xmudah melenting.. sabaq jaa.. maafkan ja walaupOn insan yang berkenaan buat mcm xda apa2 berlaku.. huhu.. memaafkan Orang adalah jalan yang terbaik kan. sO, nak jadi insan yang terbaik, chek, amik la jalan yang terbaik..kikiki.... chek pOn tak bape faham sgt dgn apa yang cek nak cakap ni.. :p

sEmpAT sOkmO

10 minit lagi sy dah nak g kelas Penilaian Dalam Pendidikan. walaupun agak kelam kabut siapkan diri untuk kelas tu, but sy sempat lagi nak menyemakkan blOg sendiri dengan pOst yang sangat ringkas ni.. hari ni g kelas terpaksa bawak cardigan sb cuaca ujan la.. takOt-takOt dalam dewan kuliah nanti, rasa sejOk cam dOk kat kutub utara pulak.. huhu.. harap2 petang ni pak lOng yang masuk kelas. kalau mak lOng, alamatnya xdapek la nak ngulOr n balik awal.. mak lOng sangat2 suka tnya sOalan. semua students jadi alert semacam je.. kalau pak lOng, dia bnyk bg tips n ajar apa yg penting je.. siap buatkan nOta rongkas kat screen lg..tu je kOt nak merepek petang ni.. k la.. caucincau.. minum bandung cincau pun sOdap kan.. kiki.. tata..

Wednesday 16 March 2011

hasad dengki penghapus amal

nauzubillah... mudah-mudahan kita semua dijauhkan daripada memiliki walaupun sebesar zarah sifat hasad dengki ni.. salah satu daripada sifat yang sangat tak baik untuk menginap dihati kita.. fuuuhhh ayatt... sifat hasad dengki ni punca daripada sikap seseorang yang tidak bersyukur terhadap apa yang dimiliki seterusnya membawa kepada perasaan iri hati atau cemburu. jangan lah sifat ni ada dalam diri kita sebab memiliki sifat ni, kita dah berdosa tau.. nauzubillah..mintak2 lah dijauhkan daripada sifat ni.
Rasulullah SAW mengingatkan umatnya tentang bahaya sifat dengki melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud 'Hasad dengki itu akan memakan segala kebajikan seperti api memakan kayu api'.. dahsyatnya kan.. semua kebajikan yang kita buat akan hilang macam tu ja andai kita ada sifat hasad dengki. sO diingatkan kepada kOrang2 semua termasuk diri saya sendiri, sama2lah kita jauhkan diri dari sifat mazmumah ni..
namun, kita boleh untuk mempunyai sifat iri hati ni untuk 2 perkara iaitu:
1) iri hati terhadap orang yang dikurniakan harta dan dia selalu menginfakkan hartanya pada malam dan siang hari pada jalan yang diredhai Allah..
2) iri hati terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain.

last but nOt least, mehla kita sama2 muhasabah diri, dimana kita sebenarnya.. seandainya kita banyak besyukur kepada Allah SWT, alhamdulillah.. namun seandainya kita banyak berdengki kepada orang lain, astaghfirullahalazim..
renung-renungkan sebagai pedOman bersama =)
infO dipetik dari majalah Anis-pedOman wanita sOlehah dan keluarga sakinah

Monday 14 March 2011

Have your share of RM50,000. Tune into #MIXfm and play JD & Dilly's Short Cuts to RM50,000! More details

Have your share of RM50,000. Tune into #MIXfm and play JD & Dilly's Short Cuts to RM50,000! More details

my pEbErET sOng =)

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Hikayat merOng mahawangsa, KFC n DDR =)

semalam hari Ahad. hari untuk bersuka ria bersama2 rakan2 tersayang. biasa la..pas seharian berkawad di tengah2 gerimis hujan masa hari sabtu tu. pOint utama kitOrang kuar semalam sebab nak tengOk cite yang tengah hOt sekarang isitu Hikayat merOng mahawangsa. cite keluaran KRU PrOductiOn. suppOrt filem Malaysia bha nii.. gerak dari hOstel dalam jam 11.00 pagi mcmtu la. sampai je di 1bOrneO, kami terus g cari makan kat kfc. semua lapar dOwh.. sebelOm makan tu, kami g serbu kaunter tiket GSC sb nak beli tiket. cari seat yang ngam n x sakit kepala nak dOngak. pastu turun ke grOundflOor p makan kfc. jOm kita terjah gambar d kfc..



maka lepas tangki minyak diisi, kitOrang buat aktiviti len, ada yg p karaOke, ada jgk yang men DDR. DDR? Apa ek? DDR tu nama penuh dia saya xtau tp dia ni tarian yg ala2 sakura tu. yg ikut anak panah tu.. pastu dalam jam 2 lebih2, kitOrang nek tingkat atas untuk tgk wayang. penOh panggung dOwh hari tu. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. best la citer tu. rugi sape x tengOk. cite sal seOrang lelaki bernama merong mahawangsa lakOnan stephen rahman. riuh panggung tu dgn suara kami berlima. terlampau emOsi especially part lawan2 tu. 8 bintang sy bleh bg untuk filem ni. kalau ada peluang, nak tgk kali kedua. =) sOundtrack dia best. 'sedetik lebih' by anuar zain. meremang bulu rOma dgn lagu tu. sangat menikam di hati..ceewwaaahhh.. i like =) pas tgk wayg, bergambar lagi..



pastu puas bergambar, kami p terjah PC FAIR kat lOwer grOundfLooR. sO far ok la. then, p men DDR lg. sempat main untuk 1 lagu ja. Only yOuuu.. suka lagu tu..ramai giler orang. biasa la kalu last day kan.. pendek kata, jam 8.00 malam baru kami balik hOstel. tu pun sb shuttle bus available jam 8.00 mlm je.. last but nOt least, tq sudi baca..c ya.. =)

Saturday 12 March 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

kAwAd sEnjATA ^^

macam biasa kalau dah hari sabtu, memang hari untuk aku luangkan sepenuhnya dengan Suksis tersayang. setiap sabtu, pasti kawad. cuaca mmg tak arr.. cerah sentiasa. cuma hari ni je sgt2 indah cuaca dia.. hujan plak.. tak la penat sgt. bak kata SM Muru, salji turun. hehe =) salji turun di pejabat Suksis. pagi tadi aku n the gang kena blasah dgn Encik Kumaran. 100 kali dia suruh pumping. mmg penat giler. sakit tgn eden.. mOk tercabut rasa. pastu sit-up 50 kali. kalau ada yg curi2 buat, dia suruh ulang lg..mmg tak arr.. penat dOwhh.. lepas senaman pagi, mcm biasa la.. kawad senjata. hari ni kawad kat pejabat Suksis je. tak g padang kawad mcm slalu.. taun 1 n 2 buat fitik. tp kami taun 3 kena kawad senjata. persediaan untuk tauliah la katakan. biar mantap skit kat UTM nanti. disebabkan hujan, kami bnyk la rehat hari ni. keluar baris pun awal. kira Ok la tu kan. td masa kawad, aku tetiba kena pumping 10 kali sebab gerak kaki masa tgah senang diri. mmg tak arr.. semua tak berani nak pandang kiri kanan n gerak2 sebab tak nak kena pumping. SM Muru ada kuarkan 1 pepatah hari ni.. "biar mati actiOn jangan mati accident" dia cakap gini sb nak kami keras kan badan n sOmbOngkan muka sket supaya nampak lebih smart. huhuhu.. sO far, kawad hari ni best la.. xpenat sgt n muka x terbakar.. tp mgkin esOk pagi ada la jgk sakit2 sendi atau mana2 yang patut.. jOm kita tergah gambar2 apa yg berlaku hari ni.. xda gambar candid. semua gambar yg pOsing2 je =)

sempat pOsing time rehat pertama =)

45 minit sebelOm kawad habis.. i like diz pic ^^


nak pOsing punya pasal, angkat pun sanggup. skali bawak lari, menangis2 ;P



sO ni la dia sebahagian daripada hidup aku sekarang. sangat2 enjOy dengan Suksis =)   
I LOVE SUKSIS =)







Thursday 10 March 2011

midTErm...midTErm...midTErm...

hOyeahhh..esOk ada midterm. my last midterm fOr my final semester. blaja? dah abeh dah.. ptg td dah wat discussion wif my 'ma' kat secret recipe. then balik dari sana, rehat2 jap, pastu sambOng study lg. Overall semua Ok la. midterm esOk tentang aspek2 dalam bahasa melayu. bunyi macam senang tp sO far sO gOod. term2 dia senang nak ingat. buat nOta cantek2, cOnfirm jadi tertarik nak baca ulang2 kali. buat cOlourful mcm pelangi yang indah kankankan ..  meh kita revise balik apa yg distudy td..
mula2 pasal laras bahasa......(revise balik dalam hati) pastu kesantunan bahasa. jgn taktau, bahasa pun ada dia ounya kesantunan tau. dia ajar pasal sopan santun dalam tingkah laku n pertuturan. pastu retorik. dia ni seni pemakaian bahasa dalam ucapan dan lisan. dia ada 7 jenis tau. retorik penerangan, pemerian, pujukan, hujahan, cerita, khutbah, nasihat. cukup 7 kan. pastu blaja pasal asal usul bahasa melayu, wacana, penanda wacana. ada lg 1, semantik. semantik ni maksud dia erti yg penting. bidang semantik ni bidang yg kaji pasal makna kata dan ayat tau.. tu je kOt nak terang kat sini. thanks sb sudi revise sama2 dengan sy. dOakan saya dan kawan2 yg lain dapat jawab semua sOalan tu ye.. =)

Wednesday 9 March 2011

miNggu yAng sAngAt Bz...

AddEyhhh..sangat2 sibuk minggu ni. nak siapkan assignment, nak jawab take hOme test, buar sOalan penilaian. tiap2 malam ada discussiOn. balik lewat2 malam.. penat giler. sampai bilik nak ngadap sOalan2 yang gila2 ni pulak. dengar2 dari member2 teslian yg len, rupanya pensyarah kami sapu sOalana dari universiti cOlOradO kat u.s sana. mak aiiii.. memang tak arrr.. Org amik degree ja bha. x sampai leve; master lagi pun. setiap sOklan yang dia bg, kena jawap 1000 wOrds! can u imagine that? berguguran la rambut ke lantai sebab serabut pala nak fikir jawapan yg ntah apa2. nak selesaikan masalah ni, kami ber6 pun buat la discussiOn. dengan harapan, sOalan yang mereng2 ni dapat dijawap. dalam masa x sampai seminggu nak kena jawap sOalan yang selOnggOk.. macam ikan yang dijual kat market. sekilO 2 ringgit kalik.. jawapan ni Leng chai yang banyak sumbangkan idea. dia yang banyak buat. kami ber5 ciplak jak. hehehe.. bkn plagiarize k. lecturer kat bleh bincang. sO ni la kami bincang. tempat perbincangan berpindah randah. kat kafe, kg E n last destinasi kami buat perbincangan, kat library. dah la pakai baju cam nak g kawad, pkai seragam semua 6 org baju putih. mmg x peduli dah dOk lama kat library tu. bayangkan dari petang sampai 9.30 malam kami buat benda ni. riuh rendah tingkat atas library ums ni dengan gelak tawa kami. x peduli dah kena marah ke x. as LOng as we're happy, its Ok bha. enjOy da life. pas berhempas pulas buat benda ni, finally siap jgk.. yeahh!! we did it!!!... nak tgOk x gambar2 kami? jOm...

masa tengah buat pun sempat pOsing jgk.. ni la kami...



tiga serangkai...


pura2 rajin la kunun..

penangkap gambar yang ditangkap gambar...


ni la library kesayangan kami waktu malam

tggu pOst seterusnya ye.. c ya!! =)

Monday 7 March 2011

kErAnA cinTA

cinTA iTu cAhAyA sAnubari, kuRniAAn TuhAn fITrAh iNsAni
dAn dimAnA TercipTAnyA cinTA, disiTu riNdu bermuLA
cinTA iTu TidAk pernAh memiNta TeTApi membEri sEpEnuh rELa
rAsA bAhAgiA biArpun sEngsArA, bErkOrbAn segALA-gALA

sEmuA kErAnA cinTA, yAng pAhiT mAnis dirAsa
mEnghibuR nEsTApA, mErAwAT dukA, dAmAi diJiwA
tERPaDaM Api bEnci pErmusuhAn, TerJALinLah kAsih sAyANg
bEgiTuLAh cinTA yAng diidAmkAn TAnpA nAfsu yg mEncEmArkan

dAn jAngAn puLA kErAnA bErcinTA, kiTa pun LekA enTah ke mAnA
dAn jAngAn puLA kErAnA bErcinTA, TergAdAi semuA mAruAh AgAmA

cinTA yAng sEJAti, hAnyA cinTAkAn IlAhi
cinTA AyAh bOndA, TuLus suci sELAmAnyA
cinTAkAn sAudArA, mAsA bErAdA hAnyA sEmEnTArA
cinTA sEsAmA iNsAn, suBuRkAn dEngAn kETAkwAAn..

Go to fullsize image

Sunday 6 March 2011

kAsuTku puTus di TEngAh jALAn

ce cite ce cite... masa On my way nak balik dari tutOrial, kalut2 jalan nak p dkp nak tggu bus, cheq dgn ma nampak bas Ab. kami apa lagi, angkat kaki la.. jalan cepat2. pastu, masa nak lintas jalan p nek bus, tiba2 cheq rasa pelik ja kasut cheq blah kiri. awat cam lOnggaq? cheq beqenti la kat jalan nak tgOk...addeEyhhh..kasut cheq putuih plak. hampeh tOl. nasib putuih2 pun leh pakai jgka. x la ketara sangat kasut tu putuih. kasut ala2 wedges tau. bukan cheezy wedges ya. nek je bus, terus duduk n belek2 kasut. cari punca kenapa kasut tu bleh putus. belek punya belek, rupanya benang dia dah putuih. awat benang dia leh putuih? takkan cheq ganas sgt kOt pkai kasut tu. dalam dOk belek2 kasut tu, dalam kepala dah fikir kasut apa pulak nak beli pasni. nak beli kat mana, nak beli pattern apa pulak.. huhuhu..mak aii..duit lagi kena kuaq.. trun dari bus, cheq pebetOi kasut dlu, then baru jalan naik bukit cam besa.. dalam kasut dOk putuih2 tu, cheq bleh plak p singgah kafe beli mknan. masa nak g kafe tu, punya la cOntrOl jalan. xmO Org tau kasut cheq putuih.. nasib sampai kat bilik dengan selamat jgk. thanks ye sebab putuih blah kanan jerkk.. :p

kasutku putus di tengah jalan


capture di sudut tangga besi
sabO je la bila tengOk kasut ni. sampai je bilik terus tinggal kasut ni kat luar. tak macam selalu, bwak masuk dalam bilik n letak kat tempat khas kasOt. huhu.. dia dah dianaktirikan. hahaha..rasakan akibat kalau berani nak putuih lagi :p

AhAd yAng sibuk



Ahad Ahad Ahad.. sepatOtnya hari Ahad ni aku dOk rileks2, gOlek2 macam tayar lOri kat bilik atau kuar jalan-jalan cari pasal dengan kawan2..tapi, disebabkan sangat2 sibuk nak siapkan slide untuk presentation, aku dgn 4 orang kawan tersayang yang agak gila2 spent time lebih kurang tOlak tambah darab bahagi, 6 jam sama2 untuk siapkan benda alah ni. kena wat betOl2 cOz minggu lepas kami gatal2 mulut vOlunteerkan diri untuk jadi presenter yang pertama dalam kelas esOk. hurrmmm.... lepas berhempas pulak key-in data, macam2 masalah nak keluaq. tetiba salah kira markah la, salah semak jawapan la. tp kami tetap cOol and relaks walaupun dalam hati, nak terkeluaq dah macam2 ayat teeettttt.... dengan berbekalkan kesabaran yang ada, semua benda jadi senang.. macam nak pecah perut ja bila dah nak siap sb 'leng chai' slalu buat lawak n sebut ayat2 merepek kerepek.. air pulak dah berkOtak2 n bertin2 abis. kOna pi kOna mai, akhirnya pukul 10.00 malam, semua dapat disiapkan. walaupun penat n sangat2 ngantOk, tapi, i feel very enjOy spent my day wif them.. Nak tengOk x gambar2 yang sempat disnap? tp gambar ni ada 3 Org je sb yang 2 Org lagi xda.. teman kawan p 'buat kek'..huhu..'buat kek' hahaha..dalam maksud buat kek tu but hanya kami berlima je tau.. semua ni gara2 idea gila ngOkngek 'leng chai'..



proses key-in data yang sangat mengelirukan

me wif 'leng chai' sibuk2 cari IK n ID. that time, he just pretending x tengOk kamera..

ni dia leftenan muda dalam grOup kami.. rajin kalik wat keje :p

kOnOn2 Online sb nak cari sample pOwerpOint..padahal, mencari yang len.. sambil menyelam minum air bha
akhir kata, sebelOm menghabiskan sisa2 ucapan yang ada, satu je aku nak habaq.. apa yang penting, KERJASAMA!!!...




Saturday 5 March 2011

pAgi yAng cErAh...

hari ni hari Ahad. hari untuk bersantai buat semua yang bercuti.. tapi bagi kami yang baru lepas kawad kelmarin, hari ni, hari untuk kami menikmati kesakitan dan kelebaman akibat kawad senjata kelmarin. Bahu lebam, tangan sakit, lenguh-lenguh. Nak basuh baju pakai tangan pun, kena fikir 2 kali weyh.. Cuaca hari ni sangat cerah. Harap2 cerah dia kekal la sampai petang. Kalau nak cerah sampai malam pun tak leh gak sb malam kan dah gelap. So tak nampak dah dia punya cerah.. Penat perah otak nak edit blOg ni, jOm kita pekena maggi gOreng sedap. mai la makan.. Chek buat 2 bungkuih ni. mai la makan =)